Dec 21, 2012

pEnGaLaMaN JaDi bOs

Assalamualaikum..

sori lama bercuti..WNA sibuk, tak sempat nak men'log in' apatah lagi mencoret. Lagipun, gna internet ofis ni kna cover2 sikit, so, tak bes lah kan..hehe

2 minggu lepas WNA p interview kt UUM. Offer jawatn tetap, tu pasal gagahkan diri pergi ke hujung dunia sana, jauh nun di hujung Kedah. Pehtu pagi selasa sampai KL kul7 pg, terus masuk ofis kul7.45 pg. Agak mengah jugaklah, tapi memandangkan cuti dah tak de, terpaksa lah berkejaran..hehe. Harap-harap usaha ni berbaloi..Amiin..

Ni ha...WNA nak cerita pengalaman jadi bos ni..NAk dijadikan cerita, sorang pegawai kat sini cuti operate, so, WNA lah yang kena gantikan. Rutin di library pada waktu pagi adalah 'shelving' atau dalam B.M. nya adalah susun buku. Ni kerja setaff yer, dan pegawai hanya semak semula samada susunan buku tu betul atau tidak.

Pada pagi yang damai, WNA mula menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan, mula menyemak rak di bawah seliaan WNA (ganti pegawai yang bercuti). Tak sampai setengah rak, dah hampir 50buah buku salah susun. WNA diamkan ajer hinggalah 3hari kemudian (setiap hari WNA dapat trace hampir 100buah buku salah susun untuk setengah rak). WNA mula merujuk kepada pegawai bahagian khidmat pelanggan, sebab WNA dah cnfius smada WNA yang salah baca no atau memang diorang main sumbat jer buku tu kat rak. Selepas dipastikan, memang WNA betul, and for your information, cause of a lot of mistake, i need to tell the staff yang berkaitan, yang jaga rak berkenaan.

Puas WNA fikir, macamna nak tegur, sebab WNA trauma bab jadi ketua dan tegur-tegur orang ni, pernah ada kisah pahit. Tapi nak tak nak WNA kena tegur jugak yang ni sebab terlampau banyak kesilapan. Mengigil seluruh badan WNA, sejuk tapak tangan uolls, macam ais, dudk pulak dalam library yang sedia sejuk. So, WNA kuakan semangat, lupakan kisah silam, paggil staf terbabit, bawak dia ke rak, dan tegur dia dengan cara sebaik mungkin. Fuhhh...cakap pon kena cover takut staff tu perasan suara gementar..

Tapi kan...macam tak ada perubahan pun...diorang masih jugak tak susun dengan betol...tak tau dah nak buat macam mana. Mungkin kena guna kaedah psikologi kot. Lepas ni WNA nak kuarkan sume buku yang salah susun tu dan letak atas troli, biar diorang susn pagi esoknya dengan harapan susun dengan BETOL..

2 respon masam manis:

jeBateja said...

Nampak gaya nya....kalau slaah lagik...kuarkan bali...suruh depa susun balik....idea last tu ok...ahakz

afzalsukasuki said...

pengalaman jadik bos??mesti boleh rasa gak pengalaman pegang gaji bos hahaha

 

(c)2009 masam manis kehidupan. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger