May 10, 2011

Tak Satupun Yang Dapat Menggantikan Rintihan Seorang Ibu Saat Melahirkan

Imam Muhammad al-Baqir menuturkan :

Seseorang datang menemui Rasulullah Saw dan berkata, ” Wahai Rasulullah, ayah saya kini telah tiada, sedangkan ibu saya sudah sangat tua . Kalau makan, saya hancurkan dulu makanan tersebut kemudian saya letakkan makanan itu ke dalam mulutnya ; tak ubahnya anak kecil. Saya juga meletakkan beliau dalam ayunan kain seperti bayi dan setelah itu saya mengayunkannnya sampai tertidur. Kerana faktor usia yang sudah sangat lanjut itu, terkadang beliau meminta sesuatu kepada saya yang saya sendiri tak mengerti apa yang dikehendakinya. Kerana itu, saya mohon kepada Allah agar memberi saya seorang wanita yang bekerja menyusui agar saya dapat menyusui ibu saya, sebagaimana ibu saya pernah menyusui saya. Ketika itu, dia (wanita itu) membuka dadanya, sehingga tampaklah kedua payudaranya, kemudian sedikit tekanan, keluarlah air susunya. “

Melihat kejadian itu, Rasulullah Saw meneteskan airmata seraya bersabda, “ Wahai anak muda, engkau telah mendapatkan keberhasilan yang sangat layak, kerana engkau memohon kepada Allah dengan hati yang bersih dan niat yang tulus, dan Allah telah mengabulkan doamu. “

Anak muda itu bertanya, ” Wahai Rasulullah, apakah saya sudah dapat menggantikan jerih payah serta hak-hak ibu saya? “

Rasulullah Saw bersabda, ” Engkau takkan pernah boleh menggantikannya (semua jerih payah dan hak-haknya), bahkan satu rintihan di antara rintihan-rintihannya pada ketika melahirkan pun tak dapat kau gantikan. “

Dipetik dari Buku ” Kisah-Kisah Ayah Ibu ” karya : Ahmad Mir Khalaf Zadeh & Qasim Mir Khalaf Zadeh


credit to akueddie

0 respon masam manis:

 

(c)2009 masam manis kehidupan. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger