Mar 28, 2013

sEpAnJaNg SeBuLaN

Assalamualaikum

Dah lama tak berkongsi kisah kan..walaupun deme2 sume tak nak tau, WNA tetap nak kongsi jugak sebagai kenang-kenangan.

Kisah 1
Kisah sebulan lepas, masa cuti raya cina. WNA kuar ngan member jalan2 cari barang, pastu WNA ada rncang nak beli pengisar, a.k.a blender. So, kitorang pergi jer kat tesco, hari pun dah petang, member tu pun dah hal, kitorang cepat2 beli barang sambil survey blender..tengok2 sume harga ratus2..jenama yang ok lah. pastu ada satu dalam kotak harga Rm45, jenama philip...pe lagi, rembat lah satu kan. Sebab dah kejar masa kan. Dengan excitednya WNA bila smpai umah, trus bukak kotak tu dan jeng..jeng...jeng...hanya jar dalam tu, tak da mesin...haru betol..gelak sorang2 pastu col member gitau yang dibeli hanyalah jar..patutlah murah...canner nak guna kan kalu tak da mesin..guna tangan pusing kat bawah tu..hehe..last saturday dah gi beli dah blender..kali ni cek betol2 takut terbeli satu lagi jar kan...mau WNA guna wat pelihara ikan gapi dalam tu pastu letak atas meja pejabat..hihi..so, sekarang dah da blender dengan dua jar..hehe

Kisah 2
Ini kisah dalam tandas, msa ambik wuduk nak solat zohor kat ofis. Jumpa ngan my staf, sambil tengok cermin dia tanya brape harga tudung yang WNA pakai (tdung bawal bidang 50).

S : cik iffah, brape harga tudung tu, mahal tak?
W : tak mahal pun, dalam rm20++ jer
S : murah lah yer..sama harga jer ngan bawal biasa
W : aah kak, tapi yang ni dapat extra kain, besar sikit..hehe

Baru perasan, kita ni biasanya kalau barang extra large ke hape ker, ngan harga yang sama mesti kita ambik yang ada extra tu. Tapi dari segi pakaian tak camtu lak, yang baju besar2, tdung labuh2 tak nak pulak walaupun harga sama dengan yang saiz kecik. padahal, yang besar tu aurat terjaga, dapat extra lagi. Peringatan kat diri sendiri.

Kisah 3
Good and bad news. Hari Isnin lepas WNA dapat offer letter dari UUM, yang WNA pergi interview tempoh hari. Alhamdulillah WNA dapat, tapi bad news nyer, WNA dapat kontak setahun. Mungkin tak da rezeki lagi nak dapat tetap. So, WNA mungkin stay jer kat tempat sekarang. Gaji pun banyk sikit, kat sana elaun kurang..$$$..hehe

itulah cerita WNA setakat ni

2 respon masam manis:

NasQ said...

kalau aku pun aku pilih RM RM RM...huhu...

chiLleD...!! said...

ko memang..hoho

 

(c)2009 masam manis kehidupan. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger