Apr 12, 2013

MImPi bEnAr aTaU TidAk??

Assalamualaikum

Salam pagi Jumaat. Moga dalam keredhaan Allah hendaknya. WNA ada sedikit perkongsian dari slot 30min ust Don semalam.

Perkongsian ini berkaitan mimpi. Macamana kita nak tahu mimpi kita ni benar. Kita pun ada peratus untuk mimpi benar cuma peratusannya adalah kecik. Ada beberapa syarat mimpi yang benar. Keenam-enam syarat ini harus datang bersama. Tidak boleh hanya salah satu.

Antara syaratnya ialah :
  1. tidur dengan berwudhu'-- Kalau tidur tanpa wudhu', pastu kita mimpi, tu hanya lah permainan syaitan.
  2. suci dari hadas kecil atau besar -- kalau perempuan, waktu tu tidak dalam keadaan haid, nifas dan sebagainya. Mesti suci dari sebarang hadas, samaada keluar darah haid, mani atau pun jimak suami isteri. Mimpi dalam keadaan berhadas adalah mainan syaitan
  3. mimpi hampir waktu subuh-- macam mana nak tahu hampir waktu subuh?? kena tengok nombor 4. Kita terjaga jam berapa. Dalam jam tiga ke atas.
  4. terjaga setelah mimpi -- antara tandanya juga ialah kita terjaga setelah bermimpi. Contoh, kita mimpi dipatuk ular, sejurus dipatuk kita terus terjaga. Bila kita tengok jam, waktu hampir subuh dan cukup syarat lain, insyaAllah mimpi itu benar.
  5. ingat mimpi tersebut sampai bila-bila -- mimpi yang benar juga kita akan ingat sampai bila-bila. Ingat ni pun ingat keseluruhan mimpi, bukan ingat bayangan jer atau sikit-sikit. Kita ingat dengan jelas mimpi tersebut
  6. mimpi yang berulang-ulang -- syarat yang terakhir ni, mimpi tu berulang-ulang beberapa kali. Tapi syarat yang keenam ni mungkin tak ada tapi dengan syarat ckup lima syarat di atas.
Itu sajalah perkongsian dari WNA. Harap bermanfaat. Lepas ni boleh lah cek mimpi kita tu benar ke tak.

Sebenarnya pasal mimpi ni adalah sebahagian je dalam slot tu, tajuk utama slot tu adalah pasal quran. Ustaz cakap baca quran dengan tajwid adalah fardhu ain dan belajar tajwid adalah fardhu kifayah.

1 respon masam manis:

Tukang Karut said...

aku mimpikan ko lak...

 

(c)2009 masam manis kehidupan. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger