Sep 15, 2011

ni baru betol spontan..

salam..

nape eh apa yang aku buat hari ni serba tak kena..tadi dah post sumthing tapi aku xsuka lah post tu..aku dh mcam cacing kepanasan dalam lubang tanah. fikir itu tak kena, fikir ini tak kena. nak kata gembira pon tak tau nak cakap, nak kata susah hati aku rasa macam tak jer. haishh..

aku dah ngadap laptop sehari2 samapai sakit kepala terguling2 membuktikan betapa aku punya masa free yang bertimbun-timbun dan tak reti nak penuhkan dengan aktibiti berfaedah lagi bermanfaat untuk semua orang disekeliling aku mahupun di seantero dunia yang kekadang tidak cukup duaplohpatjam yang diperuntukkan kepada mereka setiap hari. lagi menyesakkan dada, screen laptop pon dah naik muak tahap loya nak muntah ibarat morning sickness dah duk pandang muka aku sejak beberapa bulan yang lalu tanpa ada muka lain sebab muka aku tak berubah-ubah seperti binatang-xengat-nama-apa-yang-boleh-berubah-warna-ikut-keadaan melainkan sedikit kekurangan isi setelah puasa sebulan di bulan ramadhan dan dicampur pulak jadual makan yang sedikit terganggu dan tidak menentu menyebabkan aku merasa diri bagai tidak cukup vitamin walhal memang tak cukup pun sebab aku tak suka makan sayur.

mungkin keadaan aku sekarang disebabkan beberapa post terakhir ni yang dipost dengan niat yang tak baik iaitu nak kenakan orang dan akhirnya terkena kat diri sendiri sehingga bakal pengantin untuk dua tahun akan datang dah salah paham jadi aku terpaksa tarik balik post tu dan sekarang keadaan aku kelam kabut bukan sebab aku nak kawen atau pon bertunang ataupon apa-apa tapi sebab aku tak tau nak buat apa. aku bukan nak kawen seperti yang koram sangkakan tapi aku akan disatukan dengan dia yang telah lama aku tunggu sejak aku belajar hari tu lagi. kawen memang konpom lambat lagi sebab banyak sebab yang ada yang tak mungkin aku nak gitau kat sini sebab biar aku sorang yang tau cukuplah.

setelah separuh entry aku tulis, aku tetapkan misi untuk menulis tanpa noktah sambil hilangkan ketidaktenangan aku ini dengan harapan dapat masuk book of record entry terpanjang tanpa noktah tapi harapan tinggal harapan sebab aku kekurangan idea dan otak macam dah beku ibarat terkena fross sebab menyelam di dalam air batu di kutub utara selama beberapa jam dan aku mintak maaf kalau koram rasa tertipu dan salah faham tapi aku tetap takkan bagitau hal sebenar hingga tiba masanya dan tunggu lah aku umumkan siapa si dia yang akan disatukan dengan aku nanti.


Photobucket

3 respon masam manis:

Lea Isnawi said...

fuuhh semput semput

semput baca entri sebab takde noktah

hehe

Hafizin Jamil said...

hohoho..

NasQ said...

apakah ini?

 

(c)2009 masam manis kehidupan. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger