Aug 19, 2011

tutup aurat, satu perintah dari Dia

salam dan selamat hari jumaat. hari ni dah masuk hari ke 19 kita berpuasa dan hanya tinggal sepuluh hari jer lagi..

Aku tak nak ulas panjang-panjang. Just nak gitau apa yang aku tahu jer. Pakaian yang menutup aurat adalah:
  1. Yang tidak jarang. Ini tak, pakai baju n kain (contoh mudah baju kurung) yang dah sopan tapi menampakkan segala isi dalam. tak malu ke beb?? sebenarnya korang sedar ke tak sedar yang korang pakai baju lutsinar tu??
  2. Yang tidak mengikut bentuk badan. Pakai baju macam pembungkus nangka..baik tak yah pakai baju terus. sama jer pun cuma ada kaler2, kalau tak pakai baju, satu kaler jer ada samada putih merah, kuning langsat, sawo matang, hitam manis atau gelap.
  3. Yang labuh dan tidak singkat (cam sama jer). labuhkanlah pakaian anda. tak da guna pakai baju longgar, tak jarang tapi bontot nampak tergolek-golek bila berjalan. ok lah yang tu, sume dah sedar. tang tudung ni satu hal. pakai dah elok dah tapi tudung nampak dada(amik perhatian yer wanita2 sekalian termasuk diri sendiri). weyy, ingat ko sorang jer ke ada dada camtu?? labuhkan lah tudung tu melepasi paras dada anda. tak susah pun.
  4. Tidak menarik perhatian. Aku tak reti sangat nak cakap yang ni tapi ustaz ustazah aku dulu pernah cakap contoh warna-warna yang terang dan menarik perhatian. xboleh jugak eh??eh..mestilah xboleh beb. kan ke kita nak jaga diri kita. law menarik perhatian, kang ramai yang tertarik tak ubah seperti teh tarik.
setakat tu jer kot yang aku tau dan ada dalam kepala hotak aku. kalau ada yang selebihnya tu, ada dalam kitab-kitab aku zaman sekolah dulu ler gamaknya. Aku pun bukan budak baik. pasal aurat ni lebih banyak kepada perempuan sebab aurat perempuan lebih luas tapi yang lelaki pun apa kurangnya. jangan ambil remeh hal ni. biasanya lelaki ni tang lutut. jaga lah sikit lutut tu. tau lah ada lutut dan kaki beserta bulu kaki yang berpintal-pintal. aurat tu bro. ha..satu lagi, jangan ingat hanya perempuan jer badannya aurat. laki pon lebih kurang jer. jangan duk suka suki tayang bodi (walaupun tutp tang pusat hingga bawah lutut), sekali ada minah tertarik dan jatuh hati kat bodi hang sampai tak lena tidur malam, dosa ler jawabnya..beringat-ingat lah yer.

jom sama-sama kita tutup aurat. Ingatlah orang tersayang. Kalau wat dosa, yang kena soal bapak kita, suami kita, abang kita, adik lelaki kita. tak sayang kat diorang ker. Tak pasal-pasal diorang pun kita bawak masuk neraka sebab dosa kita. yang laki pulak tak kesian diri sendiri ke?? kalau anda menyayangi mereka, bawak-bawaklah taubat, tutup aurat leklok. bukan susah pun.

akhir kata, bagi perempuan a.k.a gadis, kesiankan bakal suami kita dapat yang dah basi/2ndhand. Penat jer diorang kumpul duit, ikat perut makan meggi jer nak buat bayar mas kawin sampai beriban-riban tu then dapat yang basi. pe perasaan korang kalau korang berada kat tempat diorang. macam kita beli barang dengan harga yang mahal tapi barang tu tak memuaskan hati. Geramm sangat9 kan??



psst:kadang-kadang aku termalu sendiri bile tengok makhluk sama jantina buat camtu. ase mcam pakaian aku terlucut tiba-tiba..huhu


p/s:kalau da nak tmbah sila kan lah..




Photobucket

8 respon masam manis:

Wan Muhammad Syafiq said...

errrr.rant!

Lea Isnawi said...

fesyen tudung skrg pelik2
pakai tudung tapi nampak leher
dedah dada, kadang2 still nampak rambut jugak/


hurm.

Adell.La said...

*tumpang malu*...

ttbe terasa..dah labuh bwh paras dada rsnya.

Hafizin Jamil said...

diorang dah tahu da..saje buat dono..haha

Unknown said...

yg wat dono tu la aku menyampah.kang aku tgk kang kata aku gatal

NasQ said...

hoho... ada jugak bertudung cantik ayu tapi terbelah di dada ketat di peha... huhu...

dill said...

ramai juge yang pakai kain 'halal-haram'.

wuu~

dill.

chiLleD...!! said...

wan
bukan pe..tak tahan tengok pakaian zaman sekarang..kalau diberi kekuatan sound depan2 nk jer buat..tapi tulah..sendiri xberani then sndiri pun bukan baik.

lea is nawi
aah..setuju pelik..ada jugak yang bungkus sanggul jer tapi berani cakap dia bertudung

adifatah
malu itu separuh dari iman

h.j.
dia wat dono ingat tuhan pon wat dono ker

jiji yu
jangan tengok..t tamba dosa..

tukang karut
tu memng jenis pakai tudung sebab fesyen jer tu

dill
memang ramai..berlambak2..

 

(c)2009 masam manis kehidupan. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger