Aug 21, 2011

aku ketupat sotong


salam..hari ni bercerita pasal diri sendiri..kira macam nak ta'ruf lah ni..hehe..meh2 kita mulakan.

bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum w.b.t.

Nama diberi Ketupat Sotong. Nama sebenar dalam daftar haiwan laut ialah Sotong. Asal dari laut dalam. Tarikh lahir aku tak pasti. Tak engat aku lahir bila. err..lahir ke bertelur???pape je lah.

kisah aku bermula apabila aku dibeli oleh seorang surirumah awal 40an dari seorang penjaja dengan harga RM12 sekilo. Aku ditimbang bersama kawan-kawan lain sehingga berat kami cukup satu kilogram. Saiz kami tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecik. Kira sederhana je lah. Bersederhana kan baik. Islam pun ajar kita bersederhana kan. okeyh2..sambung cerita. Aku dibersihkan, dibuang pasir2 dan segala kotoran yang ada di dalam badan aku termasuk lah perutku. Wanita ini cukup baik kerana tidak memisahkan kepala dan badanku. Setelah dibersihkan, aku disimpan di dalam peti ais bersama kawan-kawanku untuk beberapa ketika. mungkin menunggu petang. Aku rasa amat dingin sekali.

Kemudian, anggarku mungkin jam17 aku dikeluarkan. Aku tengok anak perempuan wanita tersebut (gua ler tu..rjin kan??) mengambil 1-2 genggam beras pulut dan dibasuh hingga bersih. Anak lelaki dia pula keluar ke kedai. aku dengar diorang nak beli lidi pencungkil gigi tu. Aku pun tak pasti diorang nak buat apa. Kemudian, bekas yang kami diami di bwa turun ke lantai dan diletak bersama bekas beras pulut yang dibasuh tadi. Pencungkil gigi yang telah dibeli tadi pun diletak bersama.

tidak lama kemudian, kepala aku dipisahkan dari badan aku. kepalaku diletakkan elok2 oleh budak perempuan tu di dalam bekas tadi. Katanya tak mahu nanti tertukar kepala dengan rakan-rakan yang lain. badan ku pula diisi dengan beras pulut sehingga separuh badan. tidak terlalu penuh. Aku tengok diorang agak-agak jer letak beras pulut dalam badanku. Katanya lagi, tidak mahu terlebih, takut pecah badan kami bila pulut dan masak. Aku makin tertanya-tanya. Apakah??setelah siap diisi, kepala aku diletak kembali pada badanku. Tiba-tiba, sesuatu yang amat menyakitkan telah mencucuk badan dan kepala ku. owh..rupa2nya pencungkil gigi tadi digunakan untuk mencantumkan kepala dan badanku. Setelah siap aku diletakkan di dalam periuk. Perkara yang sama juga berlaku kepada kwan-kawan ku yang lain.

setelah kesemua kami berada di dalam periuk, kami menerima pendatang baru iaitu santan yang hanya berharga RM2 dan dicampur 2 gelas air, 3 keping nnisan(gula melaka), garam dan gula. Kemudian kami diletakkan di atas dapur dengan api yang sederhana. Seronok tak terkata sebab dapat mandi air panas bersama rakan-rakan dan kenalan baru. Tapi keseronokan itu hanya sementara. Santan sudah tidak ada rupa santan, nnisan entah hilang ke mana. begitu juga garam dan gula. Pulut dalam badanku pula makin membesar hingga menyesakkan badanku. Ada diantara rakan-rakanku yang sudah cedera. kepala bercerai dari badan dalam keadaan ngeri, pecah bahagian bawah badan dan bermacam-macam keadaan. Agak lama jugak aku berada di dalam periuk tu hinggakan santan tu dah berwarna gelap dan agak pekat baulah api dapur dimatikan.

Kemudian aku dan rakan-rakanku diletak di dalam mangkuk dan aku dengan kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun bersorak "yeay..yeay..Ketupat Sotong dah siap..umm..sedapnya". Dari situ lah aku tahu namaku Ketupat Sotong. Tidak lama selepas azan magrib berkumandang, aku telah menjadi arwah. Nama hanya tinggal nama. Aku bersemadi dalm perut dengan aman sekali. begitulah kisahku.








Photobucket

8 respon masam manis:

H.J said...

riwayat hidup binatang bernama sotong...haha

chiLleD...!! said...

h.j
my peberet tu

NOOR FATIN said...

hahah saya xmakan ketupat sotong. penah rasa msa kat tganu tapi xleh habis..wuuwuwuwuw

chiLleD...!! said...

noor fatin
sebb manis eh??hehe

Lea IsNaw! said...

ketupat sotong berkawan x dgn sotong kering? ngeh3

JIJI YU said...

last2 jadi taik ekeke

Tukang Karut said...

erm... belah terengganu banyak la ni... nak cari dekat KL memang tak jumpa la...

chiLleD...!! said...

lea is nawi
diorang berkawan msa nama diorang masih lagi sotong..pas tukar nama, xdah..hehe

jiji yu
ceh..sume jadi taik akhirnya..hehe

tukan karut
alor..asal t'ganu lak..kelantan lah.huhu

 

(c)2009 masam manis kehidupan. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger