Aug 14, 2011

sambal ikan...

salam..selamat petang..mcamana puasa hari ni??sok dh masuk pertengahan ramadhan. amalan kita pula bagaimana??mrila kita sama-sama muhasabah diri..

okay..hari ni aku nak share resepi sambal ikan(serunding ikan maybe). aku baru pas buat benda alah ni.

BAHAN-BAHAN
1 kg ikan
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
4 biji cili kering
sedikit halia
garam dan gula

CARA-CARA
1.rebus/kukus ikan terlebih dahulu kemudian asingkan isi ikan dengan tulang. tumbuk isi ikan itu hingga hancur tapi jangan sampai lumat. ketepikan.
2.kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia sehingga hancur.
3.panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.
4.masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda. (kalau nak manis masukkan gula lebih sikit.)
5.tumis sehingga mendidih dan sedikit kering dengan api yang sederhana. (kalau api besar, nanti cepat hangit.)
6.kemudian masukkan isi ikan yang telah ditumbuk tadi dan kacau sebati.
7.kemudian kacau lah sehingga kering dan da rupa macam yang jual kat kedai tu.


sambal ikan ni leh wat inti karipap kecik, inti popia kecik, makan ngan nasi dan macam2 lah. ikut selera anda. biasanya kalau untuk inti karipap dan popia tu, wat manis sikit. baru bes. untungnya buat sndiri sebab leh wat ikut citarasa kita. korang yang pandai masak tahu lah kan nk ubah kt mana kalau nak bagi pedas ke, manis ke atau masin ke(ada ke??). aku nak cakap pun tak reti. sebab aku xpandai masak. resepi kt atas tu hasilnya nak kata banyak pun xjgk, nk kta sikit pun, nmpk cm banyak jugak. korang try lah yer. ok lah. chow dulu. jgn lupa try. xjdi jgn slhkan aku. salahkan kuali.hek3..





Photobucket

8 respon masam manis:

dill said...

syoknye ade resepi. pasni bleh godek2

dill.

FM said...

nanti mesti x perasaan ada iakn dlm sambal.. hehe boleh try.. walaupun x mkn..

H.J said...

sambal udang ada tak?haha

chiLleD...!! said...

dill
godek jgn xgodek..hehe

fm
wlaupun xmkn leh jual..hehe

h.j.
sambal udang ada jer..kalau h.j buat lah..hehe

ain fathihah said...

hua3x.. nak cuba lah

Ungu Violet said...

wah...ikan pun leh wat serunding..gud2

NOOR FATIN said...

mak saya selalu buat!! hehehe sedapp

chiLleD...!! said...

ain fathihah
sila lah cuba..hehe

ungu violet
aah..kt kedai banyak jer jual..hehe

noor fatin
suka eh??he

 

(c)2009 masam manis kehidupan. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger