Mar 3, 2011

Hak, Adab dan Tuntutan bersama suami isteri

Sebagai bahan rujukan dan renungan bahkan tindakan, berikut, garis besar hak dan kewajiban suami isteri dalam Islam yang di nukil dari buku “Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari Lengkap”
karangan H.A. Abdurrahman Ahmad.
http://alisina.org/wp-content/uploads/2011/01/muslim-marriage.jpg
Hak , Adab dan Tuntutan Bersama Suami Isteri

- Suami isteri, hendaknya saling menumbuhkan suasana mawaddah dan rahmah. (Ar-Rum: 21)
- Hendaknya saling mempercayai dan memahami sifat masing-masing pasangannya. (An-Nisa’: 19- Al-Hujuraat: 10)
- Hendaknya menghiasi dengan pergaulan yang harmoni. (An-Nisa’: 19)
- Hendaknya saling menasehati dalam kebaikan. (Muttafaqun Alaih)

Adab Suami Kepada Isteri .

- Suami hendaknya menyedari bahawa isteri adalah suatu ujian dalam menjalankan agama. (At-aubah: 24)

- Seorang isteri boleh menjadi musuh bagi suami dalam mentaati Allah clan Rasul-Nya. (At-Taghabun: 14)

- Hendaknya sentiasa berdo’a kepada Allah meminta isteri yang sholehah. (AI-Furqan: 74)

- Diantara kewajiban suami terhadap isteri, ialah: Membayar mahar, Memberi nafkah (makan, pakaian, tempat tinggal), Menggaulinya dengan baik, Berlaku adil jika beristeri lebih dari satu. (AI-Ghazali)

- Jika isteri berbuat ‘Nusyuz’, maka dianjurkan melakukan tindakan berikut ini secara berturutan: (a) Memberi nasihat, (b) Pisah kamar, (c) Memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan. (An-Nisa’: 34) … ‘Nusyuz’ adalah: Kedurhakaan isteri kepada suami dalam hal ketaatan kepada Allah.

- Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah, yang paling baik akhlaknya dan paling ramah terhadap isterinya/keluarganya. (Tirmudzi)

- Suami tidak boleh kikir dalam menafkahkan hartanya untuk isteri dan anaknya.(Ath-Thalaq: 7)

- Suami dilarang berlaku kasar terhadap isterinya. (Tirmidzi)

- Hendaklah jangan selalu mentaati isteri dalam kehidupan rumah tangga. Sebaiknya terkadang menyelisihi mereka. Dalam menyelisihi mereka, ada keberkahan. (Baihaqi, Umar bin Khattab ra., Hasan Bashri)

- Suami hendaknya bersabar dalam menghadapi sikap buruk isterinya. (Abu Ya’la)

- Suami wajib menggauli isterinya dengan cara yang baik. Dengan penuh kasih sayang, tanpa kasar dan zhalim. (An-Nisa’: 19)

- Suami wajib memberi makan isterinya apa yang ia makan, memberinya pakaian, tidak memukul wajahnya, tidak menghinanya, dan tidak berpisah ranjang kecuali dalam rumah sendiri. (Abu Dawud).

- Suami wajib selalu memberikan pengertian, bimbingan agama kepada isterinya, dan menyuruhnya untuk selalu taat kepada Allah dan Rasul-Nya. (AI-Ahzab: 34, At-Tahrim : 6, Muttafaqun Alaih)

- Suami wajib mengajarkan isterinya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan wanita (hukum-hukum haidh, istihadhah, dll.). (AI-Ghazali)

- Suami wajib berlaku adil dan bijaksana terhadap isteri. (An-Nisa’: 3)

- Suami tidak boleh membuka aib isteri kepada siapapun. (Nasa’i)

- Apabila isteri tidak mentaati suami (durhaka kepada suami), maka suami wajib mendidiknya dan membawanya kepada ketaatan, walaupun secara paksa. (AIGhazali)

- Jika suami hendak meninggal dunia, maka dianjurkan berwasiat terlebih dahulu kepada isterinya. (AI-Baqarah: ?40)

Adab Isteri Kepada Suami

- Hendaknya isteri menyedari dan menerima dengan ikhlas bahawa kaum laki-Iaki adalah pemimpin kaum wanita. (An-Nisa’: 34)
- Hendaknya isteri menyadari bahawa hak (kedudukan) suami setingkat lebih tinggi daripada isteri. (Al-Baqarah: 228)
- Isteri wajib mentaati suaminya selama bukan kemaksiatan. (An-Nisa’: 39)

http://www.emel.com/images/Muslimmarriage_i2.jpg
Diantara kewajiban isteri terhadap suaminya, ialah:

a. Menyerahkan dirinya,

b. Mentaati suami,

c. Tidak keluar rumah, kecuali dengan izinnya,

d. Tinggal di tempat kediaman yang disediakan suami

e. Menggauli suami dengan baik. (Al-Ghazali
)
- Isteri hendaknya selalu memenuhi hajat biologis suaminya, walaupun sedang dalam kesibukan. (Nasa’ i, Muttafaqun Alaih)

- Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur untuk menggaulinya, lalu sang isteri menolaknya, maka penduduk langit akan melaknatnya sehingga suami meridhainya. (Muslim)

- Isteri hendaknya mendahulukan hak suami atas orang tuanya. Allah swt. mengampuni dosa-dosa seorang Isteri yang mendahulukan hak suaminya daripada hak orang tuanya. (Tirmidzi)

- Yang sangat penting bagi isteri adalah ridha suami. Isteri yang meninggal dunia dalam keridhaan suaminya akan masuk surga. (Ibnu Majah, TIrmidzi)

- Kepentingan isteri mentaati suaminya, telah disabdakan oleh Nabi saw.: “Seandainya dibolehkan sujud sesama manusia, maka aku akan perintahkan isteri bersujud kepada suaminya. .. (Timidzi)

- Isteri wajib menjaga harta suaminya dengan sebaik-baiknya. (Thabrani)

- Isteri hendaknya sentiasa membuat dirinya selalu menarik di hadapan suami(Thabrani)

- Isteri wajib menjaga kehormatan suaminya baik di hadapannya atau di belakangnya (saat suami tidak di rumah). (An-Nisa’: 34)

- Ada empat cubaan berat dalam pernikahan, yaitu: (1) Banyak anak (2) Sedikit harta (3) Tetangga yang buruk (4) lsteri yang berkhianat. (Hasan Al-Bashri)

- Wanita Mukmin hanya dibolehkan berkabung atas kematian suaminya selama empat bulan sepuluh hari. (Muttafaqun Alaih)

- Wanita dan laki-laki mukmin, wajib menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluannya. (An-Nur: 30-31)

Isteri Sholehah
- Apabila’ seorang isteri, menjaga solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramddhan, memelihara kemaluannya, dan mentaati suaminya, niscaya Allah swt. akan memasukkannya ke dalam surga. (Ibnu Hibban)

- Isteri sholehah itu lebih sering berada di dalam rumahnya, dan sangat jarang ke luar rumah. (Al-Ahzab : 33)

- Isteri sebaiknya melaksanakan solat lima waktu di dalam rumahnya. Sehingga terjaga dari fitnah. Solatnya seorang wanita di rumahnya lebih utama daripada solat di masjid, dan solatnya wanita di kamarnya lebih utama daripada solat di dalam rumahnya. (lbnu Hibban)

- Hendaknya menjadikan isteri-isteri Rasulullah saw. sebagai tauladan utama.

M. Luthfi Thomafi dalam milis mencintai-islam.

40 keistimewaan wanita menurut Islam, menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang sholehah. ^^,

sumber: the light of piece

3 respon masam manis:

LadyBird said...

Kalau setiap suami/ isteri mengamalkan semua adab2 ini.. pasti aman rumahtangga.. pasti soleh dan solehah anak-anaknya.. pasti mantap generasinya.. pasti padat ukhuwahnya.. dan yang pasti sebenar2 pasti.. pasti mampu melahirkan generasi yang mantap agamanya.. :).. jom sama2 menuju ke arah itu.. krn generasi kitalah yg boleh melahirkan generasi yg mantap sebegitu :).. insyaAllah..

jom bekerjasama untuk melahirkan generasi mantop :)

LiFe KaMi said...

adab2 yang patut kita amalkan..
suami isteri adalah hubungan yang tiada sempadannya, hendaklah kita saling bertolenrasi supaya rumah tangga kita akan kekal sehingga keakhir hayat..:)

chiLl Out...!! said...

begitulah hndaknya... bukan apa.. nak amalkan sume ni agak ssh la dan bukan bermkna mustahil.. jom bersama2 amalkan persefakatan rumah tngga melalui al quran dan hadith

 

(c)2009 masam manis kehidupan. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger