Jan 20, 2011

Kiamat 2012

salam..
Hari ni aku nak kongsi pasal buku. Lebih kurang cam review jugak lah. Beberapa hari lepas aku da beli dua buah buku yang bertajuk Perubatan Islam: Menangkis Kejahatan Makhluk Halus dan Tiga Kali Seminggu.




Tajuk: Perubatan Islam: Menangkis Kejahatan Makhluk Halus
Penulis: Sharhan bin Shafie dan Fakhrul Ridzha bin Abd. Rahman
Harga: RM20 bg Semenanjung dan RM25 bg Sabah/Sarawak

Ia menceritakan perubatan islam dalam menangani mkhluk halus. Ada beberapa bab, antaranya Menyingkap Rahsia Jin dan Syaitan, Santau..Bahaya dan Penawarnya dan Penyembuhan al-Quran. Ada juga diberitahu tanda2 gangguan makhluk halus seperti bermimpi bnda yang pelik2 dan macam2 lagi. Di samping itu, diberi juga cara2 mengelakkan gangguan seprti ayat2 al-Quran dan doa2 para nabi. Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah beli buku ni di kedai2 buku berdekatan. Bagi aku buku ni sangat2 lah berfaedah dan best. Cara penulisannya pun agak santai dan mudah difahami. kalau tak silap dah da versi terbaru. Tapi aku punya yang lama sebabnya aku jumpa yang ni jer..





Tajuk: Tiga Kali Seminggu
Penulis: Dr. Faisal Tehrani (Penerima Anugerah Seni Negara)
Harga: RM19 bg Semenanjung dan RM21 bg Sabah/Sarawak

Yang ni buku cerita. Mugkin buku terbaru Faisal Tehrani, aku tak pasti. Buku ni ada 15 buah cerita pendek. Setiap cerita mengandungi mesej2 yang tertentu dan mencabar pemikiran di samping mempunyai jenaka tersendiri. Antara cerita yang ada ialah Rindu ini Luar Biasa, Tiga Kali Seminggu dan Setelah Diciptakan Adam. Buku ni ada 198 muka surat tetapi ibarat ada dua kali ganda muka suratnya kerana cerita yang dibekalkan sungguh padat. aku sendiri tak habis lagi baca sebabnya aku sayang nak baca.


Habis cerita pasal buku. Semalam ada ceramah Adakah Kiamat 2012?? oleh Dr. Danial Zainal Abidin. Ala...yang selalu kuar dalam motivasi TV9 kalau aku tak silap. Bertempat di Pusat Islam UiTM Kedah dan sambutan amatlah memberansangkan. Pertama kali lautan manusia di Pusat Islam tu. Hampir seluruh warga kampus turun padang dicampur dengan penduduk sekitar. Aku berhimpit2 dicelahan ramai sebabnya aku tak sempat keluar dari keramaian tu. Selesai je doa diaminkan usai solat Isyak, pengujung yang dah sedia ada terus menyerbu menyebabkan aku terperangkap. Ceramah tamat pada pukul11 malam dan aku sampai umah dalam pukul 12 malam. Apa yang aku agak kecewa, walaupun ramai yang datang tapi tak semua yang betul2 ikhlas datang tuk mendengar. Ada antara mereka yang berbual2, ber'SMS'. Apakah niat mereka memnuhkan Pusat Islam tu sebenarnya?? Aku kecewa, orang lain yang ikhlas datang mendengar terpaksa duduk beralaskan rumput berbumbungkan langit malam, bersumberkan cahaya bulan demi sedikit ilmu. Persoalan berkaitan kiamat 2012 telah dirungkai. Ia hanyalah propaganda orang2 kafir. Sesungguhnya kiamat itu rahsia Allah. Kita hanya dapat melihat tanda2nya sahaja yang kita sedia maklum dari pembacaan, ceramah2 agama dan sebagainya. Untuk bekalan kita menghadapinya, bertaubatlah dari sekarang, banyakkan beribadah kerana Allah, InsyaAllah dijanjikan syurga oleh Allah.




Photobucket

4 respon masam manis:

LiFe KaMi said...

itu lah propaganda kafir yg nak menyesatkan kita..
harap takde yg percaya dgn penipuan mereka..

hai, bertemu kembali..:)

chiLleD...!! said...

tapi dh ramai yang beriman ngan kiamat 2012..nauzubillah..

sycho_sic said...

tp tanda2 tu mmg dh ade..ketara sangat..ape2 pun..bersedia lh..penuh kn amalam di dada..

chiLleD...!! said...

btol..bersdia lah..sesungguhnya Dia tidak akn sia2kn org yang betol2 beriman..

 

(c)2009 masam manis kehidupan. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger