aku bukanlah seorang pelajar cemerlang
tidak pula aktif dalam kokurikulum
sungguh aku pasif...itu dulu
SPM yang gagal, hampir saja merosakkan masa depan
Asasi yang mengecewakan, memaksa aku mengubah haluan
Uni yang cukup2 makan, berharap ada yang sudi menggaji
hasil dari sikap sendiri...aku sedar itu...
aku pernah punya impian untuk menjadi sebahagian dari UM
samada sebagai pelajar atau ahli keluarganya
waktu menuntut, ku tanam impian
memandangkan minat yang mendalam dengan perubatan,
untuk menyumbang bakti pada PPUM
untuk berada di "special library" supaya aku punya kepakaran sendiri
namun, aturan Allah itu cantik
setelah gagal melayakkan diri ke sana
peluang aku di PPUKM terbuka luas
Maha Suci Allah yang mengaturkan
benda yang sama, tapi tempat yang berbeza
Alhamdulillah...Allah tidak bagi apa yang kita mahu,
tapi Dia bagi apa yang kita perlu
tidak pernah ku mimpi untuk berada disini
tidak pernah ku angankan untuk mencipta kerjaya disini
ya...tidak pernah dan tidak ku jangka
1 respon masam manis:
itu namanya takdir...
Post a Comment