moga-moga sihat sejahtera hendaknya..malam ni nak tazkirah sikit sebagai peringatan berpanjangan kepada diri ini. Sape2 nak tumpang peringatan ni, dipersilakan...
minggu lepas ada accident kt ofis WNA. Motor ngan kereta, penunggang motor terperosok bawah kereta. Meninggal beberapa jam kemudian sebab kecederaan dalaman. Kejadian awal pagi sekitar jam0715-0730. Betol-betol berdekatan dengan pintu masuk ofis. Mangsa ofismate housemate WNA.
Tapi malam ni bukan nak bicara pasal accident tu. WNA nak sentuh pasal ajal. Siapa sangka kn, dh sampai ofis, meninggal sebab accident di tempat yang tak disngka akan berlaku accident. Yelah, dah memang dikawasan pejabat, memang orang luar tak dibenarkan masuk, kereta pun tak laju. Tapi itulah ajal. Seperti yang dijanjikanNya, tak lambat walau sesaat, tak awal walau sesaat. Bila difikir balik, kenapa Allah ketemukan dengan situasi ini di depan mata? Sebab Dia nk bagi peringatan buat diri yang masih lalai sedangkan ajal semakin dekat.
Memang WNA seharian duk terfikir pasal tu. Benda tak sangka, dan mangsa pun mungkin tak sangka dia akan mengalami kemalangan dan meninggal pada hari itu. Jadi, adakah kita akan ketahui kita akan meninggal bila? sudah tentu tidak, ia rahsia Allah..kita kena bersedia setiap hari supaya nanti kita tidak akan menjadi manusia yang rugi di akhirat nanti. Bayangkan kita mengalami satu keadaan di mana kita tahu kita akan temui ajal sekejap sahaja lagi..cthnya seperti tsunami, kita nampak benda tu didepan mata kita, dan kita tahu kita akan tenggelam sekjap sahaja lagi, dan waktu tu kita teringat pe yang kita dah buat dan belum buat..ya Allah...sungguh akan rasa menyesal yang teramat sangat...itu belum lagi kita fikir azab dikubur yang kita akan terima atas setiap perbuatan kita. Mampukah kita tanggung? Azab di padang mahsyar, mampukah? tidak cemburukah kita tengok orang yang beruntung bersenang lenang menunggu hisab sedang kita terseksa. Apatah lagi azab di neraka..
Jadi, bertaubatlah selagi sempat, buatlah kebaikan, derma selagi mampu, berubahlah selagi diberi kesempatan. Moga taubat kita diterima dan mati kita dalam husnul khotimah. Moga kita tidak menjadi orang yang rugi.
3 respon masam manis:
satu peringatan! sayang sungguh Dia ke kamu! mahu kamu beringat selau..
in shaa allah..ct pon prnah trpikir..ajal dtg bila2 masa sahaja...xkira muda atau tua...jgn da tua bru nk bertaubat.
ajal maut dibawah kekuasaan tuhan.
berusahalah seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi.
beribadat seperti esok akan mati.
Post a Comment