May 31, 2015

DiAri aHaD

ahad (24/5/2015)

awak desak untuk jumpa saya...kalau tak boleh lunch, dinner pun boleh lah...awak merayu dengan saya.

saya merajuk sebab dah beberapa hari awak tak jumpa saya...awak sibuk sehingga hujung minggu...saya rindu awak..awak tahu semua tu..

hati saya cepat sejuk hari tu...sempat lah lunch dengan awak...sempatlah buat birthday suprise dekat awak...awak terkejut..awak tak sempat habiskan bebelan awak..awak ambik hadiah awak..awak buka dan awak test jam loceng tu...walaupun awal beberapa hari...

malam selesai kerja, awak cari saya cakap lapar...saya offer masak nasi untuk awak...awak setuju..biasanya awak tak nak..saya gembira masak untuk awak...tak nak awak lapar

9.27 malam, awak gerak dari UPM...saya mula masak nasi...

9.45 malam, saya call awak..sebab awak tak de kredit...awak baru lepas tol sungai besi

9.57 malam, saya call lagi...awak tak angkat...saya call kali kedua pun awak tak angkat...kali ketiga msuk voice mail...saya call no digi n celcom awak...pun masuk voice mail

10.00 malam, saya keluar tunggu depan rumah..tunggu awak sampai...sebab fon awak tak de kredit dan kehabisan bateri. walaupun tahu tapi saya tetap call awak...bertrusan sehingga 10.28 malam. saya jangka awak patah balik ke UPM...saya decide nak masuk ke rumah dan tunggu wassap dari awak

10.28 malam, ada satu nombor tak dikenali masuk...saya sangka awak nak maklum kat saya awak ada masalah. tapi tidak, seorang anggota polis maklumkan yang awak excident dan parah. polis mintak saya call family awak dan datang ke bilik mayat HKL.

Awak....saya terkejut, terkedu...saya menangis tanpa air mata...saya call adik awak, saya gerak ke HKL...

awak...sampai hari ni...genap seminggu...higga jam ini genap seminggu....saya rindu awak...

innalillahiwainnailaihiroji'un...moga pemergian awak jd asbab hidayah buat saya, bertambah cinta saya pada Allah

saya akan ikut awak nanti...insyaAllah..moga hayatku diambil disaat2 terbaikku.

 

(c)2009 masam manis kehidupan. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger