Mar 8, 2013

pOLiTiKuS

Assalamualaikum

Selamat hari jumaat..mari kita banyakkan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. Besar pahalanya, moga kita mendapat syafaat baginda di akhirat nanti.

Hari ni 8 mac 2013, genap 5 tahun mandat kerajaan sekarang. Tiba-tiba rasa sedih hari ni, sedih tengok keadaan negara kita sekarang. Isu di Sabah, macam-macam spekulasi. Ada yang kata itu hanya agenda politik, ada yang kita itu memang pencerobohan. WNA pun dah konfius. Tak nak ambil tahu nanti, dikata tidak ada semangat patriotik, tak hargai pengorbanan anggota keselamatan yang mempertaruhkan nyawa mempertahankan negara, tapi bila ambil tahu pun, tak tahu nak percaya versi mana. Konfius dah. Cuma harap isu ini berakhir dengan cepat dan semuanya dalam keadaan selamat. Jika betul ini satu agenda politik, moga Allah tunjukkan kebenarannya.

Moga PRU13 mengangkat Islam ke tempatnya. Allahuakbar. Kalau tidak sekarang pun, satu hari nanti, Islam akan kembali gemilang.



-Love Kelantan-

1 respon masam manis:

biela bell said...

InsyaAllah..Islam pastu naik dan gemilang..

 

(c)2009 masam manis kehidupan. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger