Isteri, walaupun dah berkahwin bertahun-tahun dan tidur satu bantal. Tapi nak memahami hati mereka ini kadang-kadang si suami sebenarnya tak tahu apa sebenar yang mereka mahu. Tak ada isteri disebelah suami pun susah jadi hidup ini. Ada disebelah pun susah juga. Tapi jangan marahlah isteriku. Mari kita kaji isu yang seterusnya...
Suami talipon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab,
Tak mau bang, bini awak diet...
Suami pon balik umah, goyang te*or tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....
Bila suami tanya balik,
Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab, memangla orang kata tak mau apa-apa...
Tapi belikan jerla apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Eh, bini aku ni... Yang mana satu nih?
-----------------------------------------------------------------
Suami talipon bini,
Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab, Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
Suami pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kambing baik punya.
Sampai umah, sendawa bau kambing...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kambing!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
----------------------------------------------------------------
Abang ni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dengan budak-budak nih
Si suami punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok anak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama anak-anak ikut awak eh?
----------------------------------------------------------------
Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dgn anak-anak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar anak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini talipon.
Abang bila nak balik ambik kita orang bang?
----------------------------------------------------------------
Abang ni asyik tengok tv jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?
---------------------------------------------------------------
Nah ambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan anak yang sorang lagi....
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Alah abang ni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
bukan ada org nak tengok ponnn...
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...
----------------------------------------------------------
Ini yang buat suami cepat nampak tua dari umur sebenar??
aduyai isteri..Wasallam.
cred tO.. resepirahsiaku
6 respon masam manis:
haha kelakar pulak baca entri nih, tapi realitinya memang betul sukar nak faham manusia nih.
Latest Entri :
Perjalanan Hidup Sebuah Blog
haha.. nak wat cner.. itulah knytaan sorg isteri dan kerenah2 nya..hee
nape pompuan xtrus trang je ekh??
hehe.. ssh sket nak trus trang sbb lg suka wat kptusan last minute smpai mmbngungkan org len..haha
aishh..ssh ne
hOho.. eaa..pmpn mmg cmtu tau..std r.
Post a Comment