Sep 22, 2010

13 Apa Perempuan Tak Suka dan Apa Lelaki Jawab....DAN JGK ULASAN AKU SENDIRI K..!!

Perbandingan menarik antara dua jenis minda. Artikel panjang yang aku amik kat wanmus.com, Layan sampai biji mata tersembul k
P=pompuan & L=lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA

P=Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

L=Kalau tinggikan suara dikatakan ego.
Kalau rendahkan suara cakap perlahan dikatakan macam cakap dalam kelambu.
Kalau halus suara dikatakan pondan !!

AKU= sekarang ni sume sama je...depends on pmpn dan llki.. ramai je pmpn yg jadi ego dalam sstgh perkara, dan harus diingat llki tu mmg dicipta Allah mcm tu..pmpn?? serap dan paksa prgai jadi cmtu, cam llki jgk.. ambOi, sume nak ikot llki ye


2. MAIN KAYU TIGA

P=Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

L=Yang menggoda lelaki tu…. bukan perempuan ker? Kenapa dah tau lelaki tu ada awek pun pompuan sanggup goda lelaki? Nak salah laki juga ker? Lain ler kalau yang mengoda laki tu si jantan jugak!!

AKU= bab ni sama je... llki atau pmpn.. sama2 hebat.. mlh isteri2 mula trgat kksih lama. Alasan dorg senang gler.. kurg puas di ranj***g.. haaaa ptuuihh.. apa pnya alsan da.. bawak la suami kamu g jumpa ismail tamby.. taik kucen btOl. llki mmg da sifat cmtu.. dari dulu dan slamanya...llki pon slh jgk.. da ada bini.. udah2 la.. ada kksih pon sama.. jgn nak mggtal sgt... kalo nak ikot nfsu, llki ni mmg nO 1... xleh ngan kksih. cari yg len asal dapat puaskan nafsu, yg ni spesies bngOng!!

3. SUKA ‘CUCI MATA’

P=Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun
sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

L=macam ler pompuan tak penah cuci mata !! Siap boleh cakap ‘ alamak hensemnya !” depan bf sendiri. Ada lelaki marah ker? Lelaki cool jer la…. tak rasa tercabar pun….

AKU= yg ni xdpt dinafikan. dua2 pndapat di atas btOl... sma je.. aku ada je kawan2 sekelas duk mgusha llki len even da ada bf.. llki x sah cakap la.. kalo xtgOk pmpn, mmg xsah.. ada plak spesies yg tgok 'bnda trok2' je.. yg ni mmg ada.. tp nak salahkan llki xleh jgk..dah pmpn g tayang, sapa xnak tgok..free show... xyah bayar pon..

4. MENGONGKONG

P=Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?

L=Kalau kita tak tanya , tak ambil tau dikatakan tak caring la… tak romantik la…. macam-macam tak lagi la…. Dah ambil tau…dikatakan mengongkong!! Saja nak cari gaduh la tu…!!

AKU= yg ni sama je llki pmpn.. xleh nak nafikan...

5. EGO

P=Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

L=Kalau rimas ngan ego lelaki… jadi la les….. tak payah pk pasal ego lelaki!
Lelaki mana yang dijadikan sebagai pemimpin wanita tak ada ego! Pondan pun ada ego …!!

AKU= ummm.. xleh nak ckp bnda ni.. bg aku sume sama je.. masing2 nak tunjuk hebt.. bukan sume tau.. sstgh je..hehe.. aku rasa kdg2 aku ego jgk..haha.. si dia la yg berjaya turunkan ego aku.. nasihat mnja2 gtu..hahaha
.

6. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

P=Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

L=pompuan hanya mahu perasaan mereka dijaga. Tidak penahkan mereka terfikir nak jaga perasaan lelaki?

AKU= ehem3.. yg ni xleh nak komen sgt.. act.. agak stju ngan penyataan si lelaki..hehe.. pasal mgalah. kami berdua mmg mngalah.. cuma kadang2 timbul salah phm.. sket2 je.. pas tu ok balik..hehehe.. si dia ckup mmhami...
7. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

P=Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

L=kalau diberikan perhatian yang penuh dikatakan MENGONGKONG !!

AKU= yg ni mmg btOl.. aku pon kdg2 x terberi perhatian sbb sibuk cyapkan assgmnt sampai si dia merajuk..hahaha.. maaf ye syg~

8. CEMBURU BUTA

P=Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

L=Takkan tak penah dengar pepatah CINTA ITU BUTA. Bila laki cemburu dikatakan cemburu buta….. betul ker cemburu buta. Kalau laki cuci mata dah boleh buat pompuan isytihar perang besar tu cembru apa hah? barangkali itu bukan cemburu tapi BUTA PERUT !!
AKU= mgkut pglaman aku,, mmg btOl pmpn akan cmburu, hehe.. aku pon pnah kena sOund tau.. hOho.. jangan garang ye syg... huuu.. aku pon penah je cmburu..hek3

9. MATA DUITAN

P=Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

L=Dah tau tak lojik mengapa biar sampai terkikir. Nampak sangat pompuan tak guna akal. And I believe pompuan yang tulis artikel ni lagi la tak guna akal!!

AKU= weyh.. aku bukan jenis pngikis k..aku baik jek..hahaha.. mgikut islam, llki cari du8, bini yang perabiskan..hahahaha.. xpe syg.. aku akan cari du8 spy kamu dapat habiskan du8 aku..hek3

10. PANAS BARAN

P=Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak tendang? Kalau nak sepak tendang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.

Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

L=dah tau laki panas baran nak jugak kat laki tu. Pilihan berlambak…!! takpun laki tu dah cakap elok2 taknak dengar..sape x panas.orang cakap semua xnk caya.

AKU= yg ni aku pon nyampah... kalo nak bercinta kawal la marah tu.. jgn nak tunjuk je.. kdg2 aku sndr pon plik.. salah pmpn x bnyak sgt macam lmbat angkat col ke, trtido ke, cuma saja nak tunjuk ego dan mncari pasal..llki, kawal sket.. anda bukan singa k..siOt!!!

11. KAKI MEROKOK

P=Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

L=cari jer la orang yang tak merokok. Dah kenal sejak azali laki tu merokok. yang nak jugak kat dia buat apa? Bukan dia merokok selepas kenal pompuan tu…

AKU= yg ni mmg aku sndr yg nyampah.. kaki mrokok pmpn dan llki, watch out.. aku xsuka korg k..!! hell.. tp aku still berkawan jek..hek3....

12. GELOJOH

P=Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

[b]L=
Gelojoh.. isu yang sengaja ditimbulkan… kalau nak lihat kegelojohan yang sebenar pegi kenduri kawin tengok sapa yang gelojoh nak makan, gelojoh nak bergosip… gelojoh nak tayang barang kemas….gelojoh tayang bodi…[/b]

AKU= hahaha..bab ni mmg xleh nak nafikan.. aku pon glojoh je smpai si dia gtau, makan cepat gler.. tp nak ckp aku xtnggu dia. mmg xleh la.. sbb aku mmg setia mnunggu sambil mghabiskan makanan si dia...hahaha

13. TIDAK TAHU MEGHARGAI

P=Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya.

Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

L=Lelaki menghargai dengan kejujuran hati bukan dengan kata-kata. Kata -kata boleh disalah tafsirkan oleh pompuan. Lelaki wat keje x kecoh2 cam pompuan.

AKU= yg ni aku xbrapa pasti.. yg pentg jagalah org yg anda syg elok2. stkt ni,, aku bhgia je..hahaha.. thnks buat si dia.. hek3


sekian harap maklum..


p/s: jangan gaduh2, yang penting gunakan artikel ni untuk kite lebih memahami. kita same je baik pompuan atau lelaki. same2 ada kekurangan. jangan terlalu harapkan KESEMPURNAAN pada pasangan. Ambik sebagai pedoman hidup..Setiap orang berbeza sifat dan perangai..Cubalah saling memahami..

0 respon masam manis:

 

(c)2009 masam manis kehidupan. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger